Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Sijil Perkhidmatan Cemerlang (SPC) Perbendaharaan Malaysia Tahun 2024 telah berlangsung di Dewan Utama, Kompleks Kementerian Kewangan (MOF), Putrajaya. Sesi penyampaian telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan Il.
Dalam ucapannya, beliau merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada 133 orang penerima APC dan 59 orang penerima SPC Perbendaharaan kali ini.
Beliau menyeru agar warga Perbendaharaan sentiasa komited dalam menjayakan agenda kewangan negara, selaras dengan prinsip Malaysia MADANI.
Beliau juga menyatakan bahawa Kerajaan MADANI turut menghargai jasa penjawat awam melalui Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dengan pelarasan gaji baharu bagi meringankan beban sara hidup. Namun, harapan kerajaan adalah agar kenaikan ini disusuli dengan peningkatan produktiviti dan penyampaian perkhidmatan yang lebih cemerlang. Turut hadir adalah
YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Kewangan dan YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan.