Sekitar Majlis Berbuka Puasa YAB Perdana Menteri bersama syarikat korporat dan syarikat berkaitan kerajaan(GLC) telah berlangsung di Cyberjaya, Selangor.
Majlis ini telah dihadiri oleh ahli-ahli korporat dan GLC daripada pelbagai sektor. YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah meluangkan masa menyantuni kesemua jemputan dengan diiringi oleh YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II, YBhg. Tan Sri Dato' Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara, YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Kewangan, YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan serta barisan pengurusan tertinggi dan pegawai kanan MOF.
Penganjuran majlis ini diharapkan dapat memperkukuhkan lagi kerjasama dua hala antara pihak kerajaan dengan syarikat korporat dan GLC dalam usaha memastikan pembangunan negara yang seimbang.