YB Datuk Seri Haji Ahmad Haji Maslan ,Timbalan Menteri Kewangan I telah mempengerusikan Majlis Dialog Belanjawan 2023 mengenai Cara Mengatasi Kemiskinan dan Menurunkan Kos Sara Hidup Rakyat di Kompleks Kementerian Kewangan (MOF), Putrajaya.

Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah hadir dan memberikan cadangan-cadangan yang bernas dalam sesi tersebut. Beliau berharap agar idea-idea yang terbaik dapat dilaksanakan demi manfaat rakyat.
![]() |
![]() |