Jelajah Belanjawan 2024 Negeri Selangor dimulakan dengan Majlis Dialog Bersama YB Tuan Steven Sim Chee Keong, Timbalan Menteri Kewangan ll di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Penyertaan seramai 150 wakil daripada pelbagai sektor antaranya jabatan kerajaan, agensi swasta, persatuan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pemegang taruh telah menghadiri majlis dialog ini.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah YAB Dato' Seri Amirudin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor, YB Dato' Haji Haris Kasim, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan YBhg. Dato’ Shahrol Anuwar Sarman, Pengarah Belanjawan Negara.

Dalam majlis tersebut, beliau turut menyimpulkan bahawa kebanyakan isu berbangkit dalam sesi libat urus di negeri-negeri lain yang telah diadakan adalah berkaitan kualiti infrastruktur dan pemerkasaan sektor industri berteknologi tinggi seiring dengan kerangka ekonomi MADANI.

