Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Dialog Belanjawan 2024 Negeri Sarawak

Majlis Dialog Belanjawan 2024 Negeri Sarawak

Majlis Dialog Belanjawan 2024 Negeri Sarawak bersama Timbalan Menteri Kewangan II - 15 September 2023 Siri Jelajah Belanjawan 2024 diteruskan ke Bumi Kenyalang bersama YB Tuan Steven Sim Chee Keong, Timbalan Menteri Kewangan II di Kuching, Sarawak.

Penyertaan seramai lebih kurang 150 peserta yang terdiri daripada Jabatan dan Agensi Kerajaan, agensi swasta, pemain industri, persatuan perniagaan, NGO, ahli akademik dan sebahagian Yang Berhormat Ahli-ahli Parlimen dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Pelbagai idea dan cadangan telah dikemukakan sepanjang sesi dialog, antaranya berkaitan pembangunan infra luar bandar, tarikan pelaburan luar dan insentif cukai tenaga hijau.

Sesi Dialog turut dihadiri oleh YBhg. Dato' Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), merangkap Penasihat Pasukan Belanjawan 2024 dan YBhg. Datu Dr.Muhammad Abdullah Haji Zaidel, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi Dan Pembangunan), mewakili Setiausaha Kerajaan Sarawak.

Arkib Foto

Logo Accessibility