Majlis Dialog Jelajah Belanjawan 2024 Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan telah dihadiri YAB Dato' Seri Saarani, Menteri Besar Perak dan YB Tuan Steven Sim Chee Keong, Timbalan Menteri Kewangan II dan melibatkan pemimpin-pemimpin masyarakat, sektor-sektor industri utama, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), penjawat awam dan masyarakat setempat.
Menteri Kewangan II dalam ucapannya berkata, kemakmuran dan kekuatan ekonomi negeri Perak menjadikannya negeri ketujuh penyumbang terbesar kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara pada tahun 2022. Segala kekuatan di negeri Perak ini perlu diketengahkan bagi mencapai matlamat-matlamat negara di skala global.
Antara idea yang diketengahkan hadirin semasa sesi dialog adalah tentang usaha membaik pulih serta menaiktaraf infrastruktur klinik-klinik kesihatan, hospital, lampu jalan persekutuan, baik pulih kuarters polis, sistem pengairan dan juga usaha memanfaatkan tanah-tanah terbiar.
Beliau memberi jaminan bahawa pasukan MOF akan meneliti setiap satu cadangan untuk pertimbangan Belanjawan 2024 kelak.