Biro Agama Kelab Perbendaharaan Kementerian Kewangan (MOF) telah menganjurkan Majlis Iftar Perdana MOF di Dewan Utama, Kompleks Kementerian Kewangan, Putrajaya.
Turut hadir YB Datuk Seri Haji Ahmad Haji Maslan, Timbalan Menteri Kewangan I, YB Tuan Steven Sim Chee Keong, Timbalan Menteri Kewangan II dan YBhg. Datin Rashidah Mohd Sies, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan) serta barisan Setiausaha Bahagian serta wakil-wakil pegawai jabatan dan agensi di bawah MOF.
Majlis iftar yang melibatkan semua bahagian di MOF juga diserikan dengan kehadiran anak-anak daripada Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At Taqwa.
Tazkirah Ramadan juga telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Rashidy Jamil Al-Rashid (Pengarah Urusan Yayasan Tuan Sarifah) dan ucapan ringkas daripada Timbalan Menteri Kewangan I kemudiannya diikuti dengan sesi penyerahan sumbangan dan duit raya kepada para tetamu sebelum sesi berbuka puasa.