Merafak sembah menjunjung kasih KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj atas keberangkatan pulang ke tanah air selepas selesai menjalankan lawatan negara di Turkiye selama lapan hari dan YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan adalah selaku menteri pengiring.
Turut hadir bersama semasa Majlis Istiadat Keberangkatan Tiba adalah YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri, Jemaah Menteri serta pegawai-pegawai kanan Kerajaan.
Lawatan rasmi negara tersebut diharapkan dapat mengukuhkan lagi persahabatan kedua-dua negara yang akan menyambut ulang tahun hubungan diplomatik ke-60 pada tahun 2024 serta hubungan dua hala yang meliputi bidang ekonomi dan perniagaan.