Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Kenduri Rakyat Kampung Angkat MADANI Menteri Kewangan II di Pulau Pinang

Majlis Kenduri Rakyat Kampung Angkat MADANI Menteri Kewangan II di Pulau Pinang

YBhg. Datuk Ramzi Mansor, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan) Kementerian Kewangan telah merasmikan Majlis Kenduri Rakyat Kampung Angkat MADANI Menteri Kewangan II di Kampung Pulau Betong, Balik Pulau, Pulau Pinang.

Pelbagai aktiviti sukan rakyat dan acara cabutan bertuah turut diadakan bagi memeriahkan suasana. 

Sebelum majlis perasmian, YBhg. Datuk Ramzi, diiringi oleh YBhg. Dato' Haji Zairi Haji Mat Ali, Pengarah Pembangunan Negeri Pulau Pinang, ACP Sazalee Haji Adam, Ketua Polis Daerah Barat Daya dan YBhg. Dato' Rosli Halim, Pegawai Daerah Barat Daya juga telah meluangkan masa meninjau lima tapak projek pembangunan di bawah inisiatif Kampung Angkat MADANI.

Projek-projek tersebut termasuklah:

  1. Menaik Taraf Parkir dan Pembinaan Pusat Penjaja
  2. Menaik Taraf Surau Al-Hidayah
  3. Menaik Taraf Dewan dan Perpustakaan Desa
  4. Menaik Taraf Dataran Kuala Pulau Betong
  5. Menaik Taraf Jeti Nelayan Pulau Betong

Program kenduri rakyat ini merupakan hasil kerjasama dan sokongan padu daripada Sekolah Kebangsaan Tan Sri Awang Had Salleh, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Pulau Betong, Kariah Pulau Betong, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Pulau Betong, Unit Nelayan Pulau Betong dan Homestay Pulau Betong.

Arkib Foto

Logo Accessibility