Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Kewangan Negara Tahun 2026

Majlis Kewangan Negara Tahun 2026

Majlis Kewangan Negara (MKewN) tahun 2026 telah berlangsung di Kompleks Kementerian Kewangan, Putrajaya dan dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Hadir sama Timbalan-timbalan Perdana Menteri, Menteri-menteri Besar, Ketua-ketua Menteri, Ketua Setiausaha Negara, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam serta pengurusan tertinggi Kementerian Kewangan.

Dalam sesi tersebut, YAB Dato’ Seri Anwar telah bersetuju untuk menambah baik pemberian Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri, khususnya Pemberian Senarai Bersama, Pemberian Penyenggaraan Jalan Negeri dan agihan Cukai Pelancongan.

Langkah-langkah yang dipersetujui pada MKewN tahun ini menumpukan kepada peningkatan kelestarian ekonomi dan kesejahteraan hidup rakyat selaras dengan aspirasi kerangka Ekonomi MADANI.

Arkib Foto

Logo Accessibility