YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah mempengerusikan Sesi Libat Urus Belanjawan 2024 di Kompleks Kementerian Kewangan (MOF), Putrajaya.
Penganjuran Majlis Libat Urus Belanjawan 2024 adalah tanda bermulanya proses penyediaan Belanjawan 2024 yang dijadualkan dibentang di Parlimen pada 13 Oktober 2023. Beberapa siri jelajah libat urus lebih komprehensif bakal diadakan di seluruh negara menjelang Belanjawan 2024 bagi mendapatkan input dan cadangan belanjawan di pelbagai peringkat masyarakat.
Majlis turut telah dihadiri seramai 400 orang pelbagai pihak berkepentingan mewakili kementerian, persatuan, dewan perniagaan, pakar ekonomi dan ilmuan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan pertubuhan antarabangsa.
Turut hadir ialah YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan I, YB Steven Sim Chee Keong, Timbalan Menteri Kewangan II dan YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan.