YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah mempengerusikan Majlis Libat Urus Belanjawan 2025 di Kompleks Kementerian Kewangan, Putrajaya.
Penganjuran Majlis Libat Urus Belanjawan 2025 ialah wadah antara Kerajaan dengan pihak berkepentingan daripada pelbagai sektor berkepentingan mewakili kementerian, persatuan, dewan perniagaan, pakar ekonomi dan ilmuan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan pertubuhan antarabangsa dalam proses merangka belanjawan negara.
Selaras dengan tema “Ekonomi MADANI, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera”, Belanjawan 2025 akan dirancang dan digubal dengan menumpu kepada langkah-langkah untuk mempergiatkan lagi tiga agenda teras kerangka Ekonomi MADANI iaitu:
Majlis libat urus yang dihadiri hampir 400 orang peserta ialah titik tolak kepada siri mesyuarat kumpulan fokus yang lebih komprehensif yang bakal diadakan dalam masa terdekat untuk menghalusi input Belanjawan 2025. Di samping itu, sebagai pelengkap kepada majlis libat urus pada hari ini, Kementerian Kewangan juga meluncurkan Portal Cadangan Belanjawan 2025.
Turut hadir ialah YB Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II, YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Kewangan dan YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan.