Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Libat Urus Belanjawan 2026

Majlis Libat Urus Belanjawan 2026

Majlis Libat Urus Belanjawan 2026 telah dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, sebagai sebahagian daripada pendekatan inklusif Kerajaan MADANI dalam merangka belanjawan yang holistik dan berpaksikan rakyat.

Belanjawan 2026, yang pertama di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13), berteraskan tiga tonggak utama:

Menaikkan Siling – Menyokong industri berimpak tinggi (seperti semikonduktor, tenaga boleh baharu dan ekonomi Islam), memperkasakan PMKS serta produk tempatan dan memacu agenda digital serta AI.

Menaikkan Lantai – Memperkukuh sistem pendidikan dan kesihatan, memperluas perlindungan sosial serta menangani kos sara hidup.

Tadbir Urus Baik – Mempermudah urusan perniagaan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan awam.

Turut hadir YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, YBhg. Dato’ Sri Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour, Gabenor Bank Negara serta Ketua-ketua Setiausaha Kementerian, Ketua-ketua Perkhidmatan, wakil industri, persatuan dan NGO.

Sesi ini menjadi platform penting untuk meneliti secara langsung cadangan dan pandangan pelbagai pihak dalam usaha membentuk belanjawan yang lebih menyeluruh, inklusif dan berdaya tahan demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

#Belanjawan2026
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja

Arkib Foto

Logo Accessibility