Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Libat Urus JKDM & Pemegang Taruh Tahun 2024

Majlis Libat Urus JKDM & Pemegang Taruh Tahun 2024

YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Kewangan telah menghadiri Majlis Libat Urus Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dengan Pemegang Taruh Tahun 2024 bertempat di Dewan Semarak Jati, Ibu Pejabat JKDM Putrajaya.

Beliau merakamkan ucapan tahniah kepada JKDM atas pencapaian cemerlang dalam memungut hasil sebanyak RM55.1 bilion, melebihi sasaran sebelumnya sebanyak RM53.5 bilion untuk tahun 2023. Ini menunjukkan komitmen dan kecekapan JKDM dalam menjalankan tanggungjawab mereka dengan cemerlang.

Beliau juga berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada ibu tunggal, anak-anak yatim dan golongan kurang upaya. Beliau berharap agar sumbangan sebegini dapat meringankan beban yang mereka hadapi.

Turut hadir adalah YBhg. Dato’ Anis Rizana Mohd Zainudin, Ketua Pengarah JKDM dan YBrs. Tuan Ramzi Mansor, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan). 

Beliau berharap pencapaian cemerlang ini akan memberi dorongan kepada semua warga JKDM untuk terus berusaha ke arah kecemerlangan yang lebih tinggi pada masa akan datang. Terima kasih beliau ucapkan kepada JKDM kerana komited dalam menjalankan tanggungjawab demi kebaikan negara.

Arkib Foto

Logo Accessibility