Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Makan Malam Gala EU-ASEAN Business Council (EU-ABC) & EUROCHAM

Majlis Makan Malam Gala EU-ASEAN Business Council (EU-ABC) & EUROCHAM

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan mewakili YAB Perdana Menteri ke Majlis Makan Malam Gala EU-ASEAN Business Council (EU-ABC) & EUROCHAM.

 

Beliau turut berkongsi bahawa pada tahun 2021, jumlah dagangan Malaysia telah mencapai RM2.23 trillion, manakala pelaburan yang diluluskan pula mencecah RM306.5 bilion dan kedua-dua merupakan nombor pecahan rekod.

 

Perdagangan bilateral antara EU dan Malaysia juga meningkat kepada RM180.2 bilion (26 peratus) tahun lalu. Di peringkat ASEAN pula, jumlah dagangan keseluruhan oleh EU adalah USD220.9 bilion. Ini menunjukkan bahawa EU bukan sahaja rakan pelaburan penting buat Malaysia, malah juga untuk rantau ini. Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada EU-ABC dan EUROCHAM atas kerjasama rapat dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. ⠀

Memandang ke hadapan, beliau telah menekankan komitmen Kerajaan terhadap usaha-usaha memerkasa agenda kelestarian dan pendigitalan. Kerajaan juga komited memacu pemulihan ekonomi negara menerusi penglibatan pelabur luar melalui Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA) untuk memastikan pelaburan dapat membawa pulangan holistik, mewujudkan peluang pekerjaan dan meletakkan Malaysia sebagai hab perdagangan karbon di rantau ini.

Arkib Foto

Logo Accessibility