YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah menyampaikan ucaptama dalam majlis Malaysia SDG (Sustainable Development Goals) & ESG (Environment Social and Governance) Impact Awards anjuran bersama KSI Strategic Institute for Asia Pacific dan All Party Parliamentary Group on SDGs (APPGM).
Penekanan Kerajaan terhadap ESG dan SDG digariskan melalui matlamat Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) untuk menggiatkan semula pembangunan sosioekonomi negara dengan kemampanan dan kemakmuran jangka panjang bagi menjadi asas dalam pembangunan negara.
Keutamaan Kerajaan termasuk mengurangkan intensiti pelepasan gas rumah hijau kepada 45 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2030 dan untuk Malaysia menjadi negara neutral karbon seawal tahun 2050.
Tahniah beliau ucapkan kepada semua pemenang dan beliau menyokong penuh majlis seperti ini untuk menggalakkan lagi syarikat-syarikat di Malaysia memberi keutamaan terhadap SDG dan ESG.