YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan II telah berkesempatan menyaksikan dan menyampaikan ucapan dalam Majlis Menandatangani Intergovernmental Agreement antara Malaysia dan Amerika Syarikat bagi pelaksanaan Foreign Account Tax Compliance Act (FATCA) atau Akta Pematuhan Cukai Akaun Asing di Malaysia.
![]() |
![]() |
Dalam majlis tersebut, Malaysia diwakili oleh YBhg. Dato' Asri Hamidon, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, manakala Amerika Syarikat diwakili oleh Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, Mr. Brian McFeeters.

Peningkatan yang signifikan terhadap ketelusan dan pertukaran maklumat berkaitan percukaian dalam bidang kuasa negara masing-masing menandakan bahawa Malaysia sekarang bergerak bersama-sama secara global dalam menangani masalah pengelakan cukai yang akan memberi kesan kepada ekonomi.

Beliau turut merakamkan ucapan kepada Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz kerana memberi peluang kepada beliau untuk menjadi saksi kepada hari bersejarah tersebut.