YB Tuan Yamani Hafez Musa, Timbalan Menteri Kewangan II telah berkesempatan menghadiri Majlis Menandatangani Kontrak Utama dan Perjanjian Utama ICP bagi projek Expansion of Sapangar Bay Container Port yang dianjurkan oleh Technology Depository Agency (TDA).

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada pihak Sabah Economic Development and Investment Authority (“SEDIA”) dan WCT Holdings Bhd. – China Communications Construction Company (M) Sdn. Bhd. (CCCC) Joint Venture (“WCJV”) atas kejayaan memeterai Kontrak Perolehan Utama bersekali dengan Perjanjian Utama ICP bagi Projek Expansion of the Sapangar Bay Container Port.

Peranan ICP telah digariskan di bawah pelan induk Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) sebagai ‘strategic tool’ untuk diperkukuh dan diperluaskan bagi meningkatkan rantaian nilai dalam sektor-sektor strategik dan berimpak tinggi seterusnya menembusi pasaran-pasaran terpilih.

Beliau berharap agar projek tersebut mampu menambahbaik dan memajukan semua infrastruktur yang sesuai untuk menjadikan pelabuhan tersebut sebagai hab transhipment serantau. Ini menunjukkan potensi Sabah sebagai pintu masuk perdagangan khususnya di rantau Brunei, Indonesia, Malaysia, Philippines (East ASEAN Growth Area) (BIMP- EAGA).

Selain itu, terdapat empat kursus latihan berkaitan pembangunan kompetensi teknikal merangkumi bidang elektrikal, pentauliahan jurutera profesional, pengurusan operasi dan keselamatan serta kesihatan pekerjaan dan pengurusan alam sekitar yang akan disediakan, khususnya untuk persiapan kemajuan dalam sektor tersebut.