YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah bersama-sama TYT Dr Bandar Hajjar, Presiden Kumpulan Islamic Development Bank (IsDB), telah menandatangani secara maya Memorandum Persefahaman dan Perjanjian Tambahan di antara Kerajaan Malaysia dan IsDB bagi transformasi pejabat serantau IsDB Kuala Lumpur sebagai Pusat Kecemerlangan (Centre of Excellence).