Pihak Menteri Kewangan Diperbadankan bersama 1Malaysia Development Berhad telah menandatangani perjanjian berhubung penyelesaian pertikaian di Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London dan Mahkamah Tinggi London dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) dan Aabar Investments PJS (Aabar PJS).

Dalam perjanjian ini, IPIC dan Aabar PJS telah bersetuju untuk membayar USD1.8 bilion kepada Menteri Kewangan Diperbadankan dan 1MDB.

Malaysia dan Abu Dhabi akan terus bekerjasama untuk kemakmuran dan manfaat ekonomi kedua-dua negara pada masa hadapan.
