Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara LADA & BDB Bhd

Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara LADA & BDB Bhd

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan hadir ke Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), agensi di bawah Kementerian Kewangan (MOF) dan Bina Darul Aman Bhd (BDB) bagi pembangunan komersial bersepadu di Pulau Langkawi, Kedah.

Pembangunan komersial ini meliputi ‘Premium Outlet’, outlet perniagaan, serta kemudahan rekreasi untuk para pelancong dan komuniti setempat. Antara tarikan utama pusat komersial ini adalah berkonsepkan mesra alam dan struktur bangunan dengan reka bentuk kebudayaan ikonik Melayu.

Pembangunan komersial dijangka akan mewujudkan 1,500 peluang pekerjaan dan prospek perniagaan baharu buat komuniti setempat. Ia juga akan dapat menarik lebih ramai pelancong asing dan domestik ke Pulau Langkawi seterusnya melonjak ekonomi tempatan.