Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Republik Maldives hari ini menandatangani Perjanjian Penghapusan Cukai Dua Kali Mengenai Cukai Atas Pendapatan Dan Pencegahan Pelarian Dan Pengelakan Cukai (PPPDK) di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.
PPPDK Malaysia-Maldives ini ditandatangani bersama oleh YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan I bagi pihak Kerajaan Malaysia dan Tuan Yang Terutama Ibrahim Ameer, Menteri Kewangan Maldives bagi pihak Kerajaan Republik Maldives.
Objektif utama perjanjian ini adalah untuk pengelakan pencukaian dua kali yang terbit daripada pendapatan yang sama di kedua-dua negara, sekaligus memberikan tax certainty kepada pembayar cukai kedua-dua negara rakan pejanji.