YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah selesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Kewangan di Istana Negara, Kuala Lumpur, dengan perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.

Beliau merakamkan rasa syukur ke hadrat Illahi di atas peluang yang diberikan dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri atas kepercayaan yang diberikan kepada beliau untuk menggalas tanggungjawab demi kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan ketahanan ekonomi.


Ikrar beliau kepada rakyat Malaysia adalah untuk sentiasa bekerja keras dengan telus dan penuh integriti dalam memastikan Malaysia mampu keluar dari belenggu COVID-19 dengan jayanya.