YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan menghadiri majlis anugerah yang telah dianjurkan oleh The Edge untuk meraikan syarikat-syarikat tempatan dari pelbagai latar belakang industri dan sektor yang telah mencapai prestasi yang amat memberangsangkan di Bursa Malaysia.

Kerajaan mengiktiraf bahawa syarikat-syarikat besar telah banyak menyumbang dengan membayar cukai, melabur dan membangunkan ekonomi Malaysia. Selain penyediaan peluang pekerjaan untuk #KeluargaMalaysia, syarikat-syarikat tersebut juga secara langsung telah banyak membantu sektor sosial, kelestarian dan kemanusiaan menerusi pelbagai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Beliau turut berharap agar syarikat-syarikat tersebut akan meneruskan usaha mereka dalam memanfaatkan komuniti tempatan sejajar dengan pencapaian mereka.
