Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Pecah Tanah Pembinaan Integrated Solar Dryer (Insoler) Di Kampung Geting, Tumpat, Kelantan

Majlis Pecah Tanah Pembinaan Integrated Solar Dryer (Insoler) Di Kampung Geting, Tumpat, Kelantan

YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Integrated Solar Dryer (Insoler) di Kampung Geting, Tumpat, Kelantan.

Projek tersebut adalah salah satu daripada Projek Usahawan Sosial UMK-MOF yang dijangka akan menjadi nilai tambah kepada usahawan-usahawan luar bandar yang akhirnya akan memanfaatkan ekonomi penduduk setempat.

Sejak dimulakan pada tahun 2019, projek Usahawan Sosial UMK-MOF telah meningkatkan purata pendapatan peserta sebanyak 30 peratus hingga 40 peratus, penglibatan seramai 2,294 komuniti dan peserta pelbagai latar belakang, serta sebanyak 35 entiti perniagaan komuniti dan 31 entiti perniagaan siswa.

Beliau berharap dengan penggunaan ‘solar dryer’ tersebut pada masa akan datang, ini akan memajukan lagi perniagaan ikan bekok yang semakin mendapat perhatian para pembeli. Para usahawan tidak perlu lagi bergantung kepada cahaya matahari untuk penghasilan ikan bekok.

Kementerian Kewangan amat komited untuk membangunkan ekonomi luar bandar dan projek-projek seperti ini akan diperluaskan lagi pada masa akan datang.

Arkib Foto

Logo Accessibility