Majlis Pekerjaan Negara (NEC) ditubuhkan di bawah #Belanjawan2021 untuk menjana 500,000 pekerjaan dan membina modal insan negara secara strategik dan sistematik.
Dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri, NEC juga dianggotai oleh Menteri-menteri, pihak swasta serta pemain industri. ⠀⠀
⠀Agensi LAKSANA di bawah Kementerian Kewangan Malaysia, selaku Sekretariat NEC, berperanan untuk memantau kemajuan & pelaksanaan inisiatif bagi mencapai matlamat yang dihasratkan.
Warganegara yang sedang mencari peluang pekerjaan boleh mendaftar di portal MyFutureJobs www.myfuturejobs.gov.my yang merupakan pusat hentian setempat dan rujukan utama kepada rakyat bagi inisiatif berkaitan pekerjaan termasuk program peningkatan kemahiran dan latihan semula.



