YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan bersama-sama YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri di Tanjung Malim, Perak untuk Majlis Pelancaran Automotive Hi-Tech Valley (AHTV).

Turut bersama ialah YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak dan YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, Menteri Pengangkutan.

AHTV boleh menjadikan Malaysia hab pengeluar kenderaan elektrik dan pembekal komponen ke pasaran ASEAN, bahkan ke pasaran yang lebih luas.

Tanjung Malim juga bakal menyaksikan limpahan ekonomi daripada aktiviti projek pembangunan AHTV yang dijangka menjana peluang pekerjaan sebanyak 370,000 sepanjang pembinaan dan 160,000 apabila beroperasi kelak.

AHTV akan memanfaatkan bukan sahaja penduduk tempatan, malah juga keseluruhan #KeluargaMalaysia.