YB Tuan Yamani Hafez Musa, Timbalan Menteri Kewangan II merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan atas pelancaran buku yang telah berlangsung dengan meriahnya di The St.Regis, KL Sentral.

“Weathering The Economic Storm: A Journey through the Uncharted Waters of COVID-19” adalah judul buku tulisan beliau. Buku tersebut merupakan satu naskhah yang menyimpan sejarah dan memori dalam kita menghadapi ketidaktentuan ekonomi khususnya dalam era pandemik COVID-19 yang melanda dunia.
Terima kasih beliau ucapkan kerana telah menjemput beliau ke acara yang penuh bermakna tersebut.