YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah turun padang ke Dataran Putra, Putrajaya untuk menyaksikan dan bersama-sama YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri untuk menyempurnakan pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang.
Sambutan tersebut telah berlangsung dengan penuh meriah dan turut disertai oleh pelbagai kementerian, agensi, pertubuhan bukan kerajaan, pelajar sekolah dan orang awam.
Sambutan dimulakan dengan Berjalan Teguh Bersama, aktiviti berjalan kaki sejauh 2.7 kilometer bersama Keluarga Malaysia dan diakhiri dengan pelepasan Konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia.