YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan menghadiri Majlis Pelancaran ePemula yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri di Universiti Multimedia Malaysia, Cyberjaya.

Melalui inisiatif ePemula, dianggarkan sekitar dua juta rakyat Malaysia bakal menerima kredit RM150 secara e-tunai. Inisiatif kewangan tersebut disasarkan untuk dimanfaatkan warga belia mahasiswa.

Beliau berharap agar Program ePemula bernilai RM300 juta yang dilancarkan, dijangka terus menyumbang kepada pembudayaan transaksi kewangan tanpa tunai dalam negara, khususnya dalam kalangan belia dan penuntut institusi pengajian tinggi.
![]() |
![]() |
Dalam masa sama dapat menyokong perniagaan pengusaha tempatan, terutamanya usahawan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) secara fizikal.
![]() |
![]() |