YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah menyaksikan Pelancaran Global Inisiatif Bersama Malaysia oleh Microsoft, yang disempurnakan oleh YAB Tan Sri Haji Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri.
Microsoft telah mengumumkan komitmen pelaburan sejumlah AS$ 1 bilion dalam memperkasakan ekonomi digital Malaysia serta penubuhan pusat data serantau pertama mereka di Malaysia.



Pelaburan ini dijangka akan mewujudkan 19,000 pekerjaan dan meningkatkan kemahiran 1 juta rakyat Malaysia menjelang akhir tahun 2023.
Semoga kerjasama antara Kerajaan Malaysia dan Microsoft ini akan membantu pemulihan ekonomi negara dan memanfaatkan rakyat serta perniagaan tempatan.