YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan bersama YB Datuk Seri M. Saravanan, Menteri Sumber Manusia, dan YB Datuk Haji Awang Hashim, Timbalan Menteri Sumber Manusia telah menghadiri majlis pelancaran HRDF Placement Centre (HPC).
HPC merupakan sebuah portal sehenti di mana pencari kerja dapat dipadankan dengan majikan secara maya, selain dari mendapatkan latihan dan kaunseling mengenai dunia pekerjaan. HPC juga menjadi platform buat majikan yang mencari pekerja gig / sambilan seperti penulis dan pereka grafik bagi projek-projek tertentu






Beliau juga difahamkan bahawa, HPC telah berjaya memadan dan menempatkan 201 pencari kerja dengan majikan yang sesuai mengikut kriteria masing-masing dan insyaAllah, bilangan penempatan pekerjaan akan meningkat melalui portal dan inisiatif seperti ini, selari dengan pemulihan ekonomi negara.