YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah menghadiri Majlis Pelancaran Inisiatif PENJANA Kementerian Pengajian Tinggi-Career Advancement Programme (KPT-CAP) oleh YAB Perdana Menteri bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Dengan peruntukan RM100 juta, KPT-CAP memfokus kepada 3 pendekatan, iaitu (1) Place & Train, (2) Program Keusahawanan, dan (3) Gig Economy. Lebih 10 rakan industri turut terlibat menawarkan pekerjaan bagi merealisasikan hasrat program.
Graduan boleh memohon melalui portal Graduates Reference Hub for Employment and Training atau GREaT yang telah dibangunkan oleh KPT.





