YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II telah melancarkan Laporan Pasaran Harta 2023 di Institut Penilaian Negara (INSPEN), Selangor.
Dalam ucapannya, beliau berkata bahawa prestasi pasaran harta memberangsangkan dengan nilai transaksi tahun 2023 mencapai rekod RM197 bilion iaitu peningkatan 9.9% daripada tahun 2022. Momentum pasaran harta akan terus disokong melalui langkah Belanjawan 2024 berkaitan rumah mampu milik dan pembiayaan rumah pertama ke arah menjana prestasi ekonomi yang lebih kukuh untuk tahun 2024.
Kerajaan akan menyokong usaha untuk mendorong sektor harta tanah Malaysia serta mensaksamakan kekayaan negara seperti diilhamkan dalam kerangka Ekonomi MADANI.