YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan mengucapkan terima kasih kepada YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin yang telah sudi menyempurnakan Majlis Pelancaran Maya Jaringan Prihatin.
Semenjak pandemik COVID-19 melanda negara, kita semua telah menyaksikan bagaimana transfomasi digital di seluruh dunia telah dipercepatkan dan meningkatkan peranan teknologi dalam menjalani kehidupan seharian.

Namun demikian, bukan semua rakyat dapat menikmati akses internet yang menyeluruh, terutamanya golongan rentan dan B40.
Oleh kerana itu, Program Jaringan Prihatin diperkenalkan sebagai sebahagian daripada agenda keterangkuman digital negara. Program ini yang bertujuan untuk meringankan beban 8.4 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dengan jumlah nilai peruntukan sebanyak RM3.5 bilion (RM2 bilion peruntukan Kerajaan & RM1.5b faedah dari 12 syarikat telekomunikasi) merupakan sebahagian daripada inisiatif MyDigital yang diumumkan pada Februari 2021.

Pendaftaran boleh dibuat mulai 5 Mei 2021 sehingga 31 Julai 2021 dengan syarikat telekomunikasi pilihan.
Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, sila layari laman sesawang belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/index.php/bm/jaringanprihatin