YB Tuan Yamani Hafez Musa, Timbalan Menteri Kewangan II telah turut serta dalam Majlis Pelancaran MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri.
Beliau juga turut berpeluang untuk menaiki tren dari Stesen MRT Kampung Batu ke Stesen MRT Sri Damansara.
Diharapkan dengan adanya sistem pengangkutan awam yang cekap, kita dapat meningkatkan kesalinghubungan dan mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya di kawasan yang berkepadatan penduduk yang tinggi. Semoga limpahan ekonomi di kawasan setempat sepanjang laluan MRT ini akan dapat dinikmati bersama.