Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Pelancaran MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu

Majlis Pelancaran MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu

MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu kini telah dibuka. Bermula 16 Jun, #KeluargaMalaysia boleh menggunakan kemudahan tersebut, dengan percuma selama sebulan.

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan bersama-sama YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri yang merasmikan MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu.


Bagi fasa ini, laluan yang tersedia adalah dari Damansara sehingga Kampung Batu. YAB Perdana Menteri juga telah mengumumkan perkhidmatan percuma bagi semua kemudahan awam di bawah kendalian RapidKL merangkumi perkhidmatan MRT, Transit Aliran Ringan (LRT), Bas Rapid Transit (BRT), monorel serta bas RapidKL. Perkhidmatan percuma selama sebulan turut dipanjangkan kepada KTM Komuter di Lembah Klang dan dijangka kos keseluruhan perkhidmatan percuma ialah RM155 juta.

Pemerkasaan pengangkutan awam sudah pastinya satu aspek yang diberi keutamaan oleh Kerajaan. Beliau berharap, dengan kemudahan-kemudahan tambahan sebegini, kesalinghubungan #KeluargaMalaysia akan lebih erat.

Arkib Foto

Logo Accessibility