Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Pelancaran Pas Keluarga Malaysia

Majlis Pelancaran Pas Keluarga Malaysia

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan bersama-sama YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dan merakamkan ucapan terima kasih kerana telah menyempurnakan pelancaran Pas Keluarga Malaysia. Pas tersebut dikeluarkan oleh Prasarana Malaysia Berhad, sebuah syarikat di bawah Kementerian Kewangan.

Turut hadir bersama adalah Menteri Pengangkutan, YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, dan Menteri Wilayah Persekutuan, YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim.

Dengan harga bernilai hanya RM15, pas tersebut membolehkan setiap keluarga seramai empat orang dalam satu kumpulan menikmati perjalanan satu hari tanpa had menggunakan perkhidmatan transit aliran ringan (LRT), transit aliran massa (MRT), monorel dan bas Rapid Transit-Laluan Sunway pada hari minggu dan cuti umum.

 

 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, orang ramai boleh melayari www.myrapid.com.my.

Arkib Foto

Logo Accessibility