YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah melancarkan Pelan Hala Tuju Strategik Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan International Business and Financial Centre IBFC”) 2022-2026.
Ini merupakan sebuah lagi kejayaan bagi Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) dalam memacu pembangunan dan kemajuan Labuan LIBFC dalam tempoh lima tahun akan datang.

Aspirasi utama di bawah Pelan Hala Tuju Strategik 5 tahun adalah untuk mengubah Labuan IBFC menjadi pusat antarabangsa yang dinamik dan mampan yang menghubungkan serta menyokong pertumbuhan ekonomi pasaran Asia dan menyumbang kepada ekonomi negara.

Labuan mempunyai visi untuk memainkan peranan yang penting sebagai hab penjanaan dana dan pelaburan dalam ruang digital global yang patuh Syariah dan disokong oleh set undang-undang dan peraturan yang komprehensif. Ia juga mampu menarik lebih ramai pemain aset digital dan fintech ke Labuan, serta memasuki pasaran kewangan Islam digital.
