YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah hadir ke Majlis Pelancaran Pembukaan MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu di Stesen MRT Kampung Batu yang dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri.
Turut bersama YBhg. Datuk Mohd Zarif Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif, MRT Corp dan YBrs. Encik Mohd Azharuddin Mat Sah, Presiden Prasarana Malaysia Berhad bagi menyempurnakan majlis.
Pembukaan MRT Laluan Putrajaya akan sekali gus merancakkan semula pembangunan dan ekonomi di kawasan sekitar. Satu usaha yang baik dan tahniah beliau ucapkan serta semoga usaha-usaha seperti ini diperancakkan agar dapat memberi kemudahan kepada rakyat Malaysia.
Pengumuman tambang percuma MRT, BRT, LRT Monorel, bas RapidKL selama satu bulan oleh YAB Perdana Menteri juga telah dibuat. Semoga pengumuman tersebut memberi manfaat dan kebaikan kepada semua pengguna.