Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Pelancaran Perkhidmatan Penukaran Syiling "KOCEK"

Majlis Pelancaran Perkhidmatan Penukaran Syiling "KOCEK"

YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan I telah mewakili YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan melancarkan Perkhidmatan Penukaran Syiling "KOCEK" di Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur.

Dalam ucapannya, beliau menerangkan peri pentingnya inisiatif ini untuk kerajaan mengimbangi kehilangan duit syiling dari pasaran yang melibatkan sejumlah angka yang besar saban tahun.

Melalui kerjasama strategik ini, KOCEK menawarkan perkhidmatan pertukaran syiling inovatifnya di cawangan Pos Malaysia di seluruh negara. Kini boleh didapati di empat lokasi di Lembah Klang dan perkhidmatan ini dijangka akan berkembang hingga 30 cawangan menjelang akhir tahun 2023.

Perkhidmatan KOCEK menyediakan akses yang mudah dan perkhidmatan yang cepat untuk membantu rakyat menukarkan koleksi syiling yang tidak digunakan kepada nilai tunai digital, yang dipindahkan ke akaun bank mereka. Ini akan mengurangkan keperluan mencetak dan mengedarkan syiling baru serta membantu menurunkan kos pengeluaran mata wang bagi bank pusat. Ini secara langsung merangsang semula pengedaran semula syiling yang tidak digunakan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Turut hadir sama dalam majlis ini ialah YBhg. Datuk Ahmad Nazri Abdullah, Pengerusi Pertama Digital, YBhg. Tan Sri Syed Faisal Albar Syed A.R. Albar, Pengerusi Pos Malaysia, Encik Abd Rahman Abu Bakar, Penolong Gabenor Bank Negara dan Encik Charles Brewer, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan.

Arkib Foto

Logo Accessibility