Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Pelancaran Program ePemula

Majlis Pelancaran Program ePemula

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan bersama-sama YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri dan YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi untuk melancarkan program ePemula di Universiti Multimedia Malaysia, Cyberjaya.

Beliau turut berkesempatan beramah mesra bersama para pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang sudi hadir bagi memeriahkan lagi majlis.

Semoga program ePemula RM150 tersebut dapat memanfaatkan 2 juta golongan belia Keluarga Malaysia dengan jumlah peruntukan sebanyak RM300 juta di bawah Bajet 2022.

Objektif program ePemula bukan sahaja untuk membudayakan transaksi tanpa sentuh dan tanpa tunai khususnya dalam kalangan belia dan pelajar IPT, malah ia juga bagi menjana pemulihan ekonomi negara di kalangan para pekedai fizikal terutamanya usahawan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) melalui penggunaan kredit ePemula di kedai-kedai di seluruh negara.

Beliau juga menyarankan untuk melayari Portal Manfaat Bajet 2022 untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ePemula tersebut.

Arkib Foto

Logo Accessibility