Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Pelancaran Program Medical Travel Market Intelligence Conference

Majlis Pelancaran Program Medical Travel Market Intelligence Conference

YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan bersama YB Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Menteri Kesihatan, YB Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) dan seluruh warga Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC) serta pemegang taruh di pelbagai negara untuk menjayakan pelancaran program Medical Travel Market Intelligence Conference (insigHT2021).

Dalam pada itu, mesej yang penting dan amat jelas di mana Malaysia sedang pulih dari segi pengurusan pandemik COVID-19 dan Kerajaan sedang melakukan yang terbaik dalam memulihkan keadaan ekonomi negara.

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada seluruh warga MHTC kerana telah menganjurkan persidangan yang amat penting sebegini.

insigHT2021 merupakan program yang baik di mana memfokuskan strategi pemulihan pasca pandemik, kesinambungan dan peluang perniagaan pelancongan kesihatan melibatkan pelbagai negara dan pemegang taruh di seluruh dunia.

 

Arkib Foto

Logo Accessibility