Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Pelancaran ‘Rangka Kerja & Sasaran Kemampanan Khazanah: Melabur dalam Peralihan yang Mampan 2022’

Majlis Pelancaran ‘Rangka Kerja & Sasaran Kemampanan Khazanah: Melabur dalam Peralihan yang Mampan 2022’

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan hadir ke Majlis Pelancaran ‘Rangka Kerja & Sasaran Kemampanan Khazanah: Melabur dalam Peralihan yang Mampan 2022’.

 

Beliau merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Khazanah Nasional Berhad di atas pelancaran tersebut.

Ia merupakan sebuah rangka kerja dan sasaran kemampanan jangka sederhana yang akan menjadi panduan untuk menghasilkan nilai mampan dengan menerapkan pertimbangan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam perniagaan teras masing-masing.

Menyambut baik langkah yang diambil oleh Khazanah dan juga Government Linked Companies/ Government-Linked Investment Companies (GLC/GLIC) lain, Kerajaan komited untuk memperkasa agenda kelestarian menerusi inisiatif yang diterapkan dalam #Bajet2022 serta Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) seperti Kemudahan Peralihan Rendah Karbon bernilai RM1 bilion, penubuhan Pasaran Karbon Sukarela serta penerbitan Sukuk Kelestarian sehingga RM10 bilion. Kerajaan juga telah melancarkan beberapa strategi seperti Prinsip Tadbir Urus Baik bagi GLC/GLIC dan MySDG Fund untuk melengkapkan sokongan terhadap agenda kelestarian. ⠀

Pastinya langkah sebegini menjadi titik permulaan kepada masa hadapan yang lebih lestari dan mampan buat #KeluargaMalaysia dan ekonomi negara.

Arkib Foto

Logo Accessibility