Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Pelancaran SALAM Autisme YSD & Sesi Libat Urus Penerima Geran MOF-YSD

Majlis Pelancaran SALAM Autisme YSD & Sesi Libat Urus Penerima Geran MOF-YSD

Sebagai sebahagian daripada kerangka Ekonomi MADANI, Kementerian Kewangan (MOF) telah memperuntukkan geran padanan berjumlah RM30 juta kepada Yayasan Sime Darby (YSD) di bawah inisiatif Raise The Floor — satu langkah bermakna dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat Malaysia secara menyeluruh.

Majlis Pelancaran SALAM Autisme YSD & Sesi Libat Urus Penerima Geran MOF-YSD telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Indera Ab Rahim Ab Rahman, Pengarah Belanjawan Negara, mewakili pihak YB Senator Datuk Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II — mencerminkan iltizam bersama antara Kerajaan dan sektor korporat dalam memperjuangkan pembangunan yang inklusif dan menyeluruh.

Melalui geran ini:

26 projek CSR sedang dilaksanakan di seluruh negara — merangkumi intervensi awal autisme, latihan TVET, rawatan HIV/AIDS, penjagaan paliatif, pemerkasaan komuniti Orang Asli, wanita, pencegahan kehamilan remaja, serta inisiatif seni komuniti. Program SALAM pula merangkumi latihan guru pendidikan khas (dengan IDEAS Autism Centre & KPM) serta biasiswa komuniti untuk pensijilan juruteknik ABA (ABAT) bersama Early Autism Project Malaysia.

Majlis ini turut disertai oleh ibu bapa kepada anak-anak autisme, guru pendidikan khas, ahli terapi, serta pelbagai pihak komuniti yang berdedikasi, bersama tetamu kehormat seperti YB Senator Tuan Isaiah D Jacob, YBhg. Dato’ Jeffri Salim Davidson, Y.A.M. Tunku Zain Al-‘Abidin, dan barisan kepimpinan dari SD Guthrie, Sime UMW, YSD serta IDEAS Autism Centre.

Majlis ini bukan sekadar simbolik malah merupakan peringatan tulus bahawa kemajuan mampu dicapai apabila kerajaan dan sektor korporat berganding bahu.

MOF akan terus menyokong usaha bersama rakan strategik bagi mengangkat kesejahteraan rakyat dan memastikan tiada siapa yang tercicir.

Arkib Foto

Logo Accessibility