Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Pelancaran Skim Saraan Bercagar

Majlis Pelancaran Skim Saraan Bercagar

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan melancarkan Skim Saraan Bercagar (SSB) yang dikelolakan oleh Cagamas Berhad - The National Mortgage Corporation of Malaysia, iaitu sebuah skim yang akan menyumbang kepada usaha memantapkan lagi polisi perlindungan sosial pesara.

SSB membolehkan pesara berumur 55 tahun dan ke atas untuk mencagarkan rumah kediaman mereka bagi mendapat pendapatan bulanan secara tetap sepanjang hayat. Sebagai contoh, sekiranya rumah kediaman dimiliki secara persendirian atau bersama, pendapatan tetap secara bulanan akan terus dibayar kepada mereka sehingga akhir tempoh hayat pemilik yang terkemudian.

Beliau percaya bahawa Cagamas, dengan kerjasama rapat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), akan dapat melaksanakan skim tersebut dengan lancar di samping membantu pesara untuk menjalani hari-hari persaraan mereka dengan lebih tenang.

Kerjasama sebegini juga adalah salah satu contoh komitmen #KeluargaMalaysia terhadap usaha memulih ekonomi yang lebih teguh dan inklusif.

Arkib Foto

Logo Accessibility