Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Pelancaran TERAS 5 KWAP

Majlis Pelancaran TERAS 5 KWAP

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan melancarkan TERAS 5 Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP] yang merupakan sebahagian daripada pelan jangka panjang KWAP untuk memastikan pertumbuhan yang mampan bagi memanfaatkan golongan pesara hari ini dan pada masa hadapan.

Program selama 3 tahun ini berasaskan lima tunggak utama iaitu Struktur, Tadbir Urus, Modal Insan, Proses dan Digital yang akan memacu lapan aliran kerja termasuk Struktur Organisasi, Syarikat, Pelaburan, Sumbangan dan Perkhidmatan Persaraan, Digital, Modal Insan dan Budaya, Perkhidmatan Korporat serta Risiko, Tadbir Urus dan Pengawasan.

Beliau turut merakamkan ucapan syabas kepada KWAP di atas pelan tersebut. Beliau yakin KWAP akan dapat mencapai sasarannya untuk mengembangkan saiz dana secara mampan dengan jumlah dana kasar sebanyak RM200 bilion dan meningkatkan jumlah aset harta daripada 17 kepada lebih 30 serta mempunyai lebih 35 subsidiari menjelang 2025.

Arkib Foto

Logo Accessibility