Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Peluncuran iPayment

Majlis Peluncuran iPayment

YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah menyempurnakan Majlis Peluncuran iPayment di Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan (MOF) di Kompleks MOF, Putrajaya.

iPayment merupakan sistem terimaan elektronik bersepadu yang dibangunkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) selaras dengan dasar kerajaan ke arah memacu transformasi digital sektor awam ke arah komuniti tanpa tunai. Sistem ini disediakan untuk kegunaan agensi Kerajaan Persekutuan bagi menguruskan bayaran oleh awam terhadap perkhidmatan yang ditawarkan kerajaan.

YAB Dato’ Seri Anwar dalam ucapannya menekankan bahawa penggunaan sistem ini diperluaskan kepada semua kementerian dan jabatan Persekutuan seawal Mac ini agar rakyat dapat segera menikmati manfaat serta pembaharuan yang dibawa oleh sistem itu.

Beliau juga berkata sistem tersebut memainkan peranan penting dalam memacu transformasi digital sektor awam ke arah komuniti tanpa tunai.

Objektif utama pelaksanaan iPayment adalah untuk meningkatkan kecekapan pengoperasian terimaan di peringkat agensi Kerajaan di samping memupuk budaya tanpa tunai di kalangan rakyat Malaysia. iPayment boleh diakses melalui tiga saluran pembayaran iaitu portal, kaunter (point of sale) dan aplikasi mudah alih.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II, YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Kewangan, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, YBrs. Puan Nor Yati Ahmad, Akauntan Negara Malaysia serta Ketua-ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua-ketua Jabatan dan Agensi di bawah MOF.

Arkib Foto

Logo Accessibility