Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Peluncuran Program Kampung Angkat MADANI 2024

Majlis Peluncuran Program Kampung Angkat MADANI 2024

YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah meluncurkan Program Kampung Angkat MADANI 2024 Peringkat Kebangsaan di Kampung Chengal Lempong, Kuantan, Pahang.

Dalam ucapannya, beliau berkata kewujudan Kampung Angkat MADANI ini adalah bagi menoktahkan masalah kemiskinan selain memastikan kemudahan serta prasarana asas di kawasan desa dapat dilengkapkan. 

Kerajaan MADANI, kata beliau, tidak menafikan peranan setiap wakil rakyat atau ketua kampung bagi membantu masyarakat sebaliknya ia memerlukan penglibatan pelbagai pihak bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan projek serta mencapai objektif yang disasarkan. 

Beliau turut menyampaikan peruntukan kepada kampung angkat serta sumbangan kepada golongan asnaf.

Turut hadir, YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Kewangan; YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan serta YBrs. Tuan Ramzi Mansor, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan).

Arkib Foto

Logo Accessibility