Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Peluncuran Skim PADURI MADANI

Majlis Peluncuran Skim PADURI MADANI

Majlis Peluncuran Skim PADURI MADANI di Tambun yang dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, menjadi satu lagi langkah signifikan Kerajaan MADANI melalui Kementerian Kewangan dan Amanah Ikhtiar Malaysia dalam memperkasa wanita, keluarga serta usahawan mikro menerusi akses pembiayaan yang lebih inklusif dan mampan.

Melalui inisiatif ini, lebih banyak peluang dapat dibuka kepada sahabat AIM khususnya golongan wanita dan keluarga berpendapatan rendah untuk menjana pendapatan, memperkukuh perniagaan kecil serta meningkatkan taraf hidup demi masa depan yang lebih sejahtera.

Selain itu, PADURI MADANI bukan sekadar skim pembiayaan, malah menjadi pemangkin kepada usaha membina kehidupan yang lebih baik untuk keluarga dan komuniti.

Seiring dengan aspirasi Malaysia MADANI, komitmen berterusan kerajaan dalam memperkasa ekonomi rakyat serta membasmi kemiskinan akan terus diperkukuh agar lebih ramai usahawan kecil tempatan mampu berkembang maju dan menikmati manfaat pembangunan negara.

Arkib Foto

Logo Accessibility